ℱarah Athirah
Sweet Owner ♡

Navigation : Touch hover image



Diaries About Linkies Stuffy

Hai assalamualaikum , thanks for visited . Don't forget to leave your footprint in my cbox :) keep calm and stay cute :p


Bigfoots ♡



Followers ♡



Credits ♡

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: SitiSyuhadah
Re-Edited By: Nazifa Yunos
Others:    



Hari Rayaaaaaaaaaaaaa


Hai assalamualaikum , setelah sekian lama aku tak mengupdate blog , akhirnya berkesempatan juga . bukan apa , sekarang ni aku busy sikit , hahaha poyo je :p sebenarnya , aku malas nak bukak blog ni . aku update post ni pun sebab dah terlampau bosan kan . okay harini aku nak cerita pasal raya pertama harituh , hahaha dah 6 syawal baru nak sesebok post ekk , ehh biarlah :p
  
Okay seperti biasa aku akan beraya dekat rumah ni , dekat lorong bakti ni , kat lorong ni ada 3 buah rumah dan diorang ni semua makcik pakcik aku . disinilah kampung kami . tahun ni adik beradik bapak aku semua berkumpul kat lorong ni . so , macam meriah lah kan , ahh memang meriah gila , seronok ! 

Malam raya pula , aku , ain , icah , ulin , alip dan tambah lagi sorang amir , jejalan pergi ekspo . seronok wehh pergi reramai , masa jalan kat ekspo satu jalan tuh kiteorang conquer . hahaha . amir pergi ekspo semata mata nak beli mercun , nampak kedai mercun je singgah . kiteorang pulak , beli aiskrim goyang ahh , duit kiteorang habis sebab beli aiskrim itu je . hehehe .

Balik daripada ekspo haa macam biasa kiteorang akan main mercun , amir balik kampung bawak mercun gila banyak weh , mercun ketupat , bola , a-boom , mancis , pop pop dan banyak lagilah aku tak tahu apa namanya . aku , ain , alip dan amir main mercun bola dengan ketupat . icah dengan ulin diorang tak berani bakar mercun so dieorang main pop pop jee . hahaha pastuh malam raya tuh aku dapat ber otp dengan mimie sayang , hee best sangat , dia cakap rumah aku riuh dan macam zoo hahaha .

Aku dengan ajet ajet berani bakar mercun ketupat dengan bola , hahaha masa memula tuh rasa macam ee seram weh , aku macam biasa sambil bakar sambil menjerit pastuh baling jejauh dan lariiii . tahun ni aku rasa , lorong aku paling meriah dengan bunyi mercun . em abah aku bakar mercun a-boom , ya Allah , kuat gila bunyinya gegar jantung tauu . 

Pastuh setelah kepenatan bermain mercun , kiteorang pun menggila memalam , bergambar lah apalah , makcik pakcik semua orang dah masuk rumah , aku , ain , icah , ulin , alip , amir , siti , kimi dengan ezzwan masih diluar rumah main pelita dan main bunga api sampai pukol 12.30 malam gitu lah . pastuh kiteorang masuk rumah dan tidurlah apalagi , penat gila kot .

Pepagi bangun dari tidur dan yayyyy rayaa , pepagi dah kena mandi , pakai baju cecantik . tahun ni kakak aku tak raya sini , dia raya belah mak mertua dia , rumah abang aji , dan tak dapat beraya dengan syahmi . lepas sahaja bersalam , bermaafan , dan berciuman dengan mama abah , rasa sebak juga di dada . abang aku dah nangis dah hahaha aku pun sama juga :p

Pastuh macam biasa , setiap tahun family aku akan datang rumah ain , family alip pun pergi rumah ain juga . family amir bermalam kat rumah ain . so kira macam berkumpul lah kan , pastuh kiteorang semua pergi beraya rumah jiran terdekat dan pergi beraya di jelutong . pada sebelah petang pula , family aku akan pergi ke rumah arwah opah , sebab adik beradik mak aku semua balik . 





Sampai disinilah cerita aku kali ini , penat menaip sebenarnya ni . hm alhamdulillah , aku gembira sangat mempunyai kaum kerabat yang agak sporting hahaha . jadi , aku disini ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kalau ada terkasar bahasa , terejek  , tersalah cakap dan kesilapan yang tidak disenaraikan sama ada sengaja ataupun tidak . 

SELAMAT HARI RAYA ! :D